Monday, 28 March 2011

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU EP:10

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU


Lebih kurang 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,di dunia sebelah sini.....terdapat sebuah kota yang amat makmur dengan hasil perdagangan.Kapal-kapal bersimpang-siur di satu selat yang paling sibuk di dunia,menghubungkan dinasti-dinasti
China dengan Kaisar dan Kisra.Kehidupan di sini amat mewah,telah ada universiti-
universiti pengajian bahasa dan kebudayaan.Telah ada sarjana dan rahib-rahib yang belajar dan mengajar,dengan beribu-ribu orang murid tekun menekur di hadapan para pendeta.Ketika di Tanah Arab,wanita dijadikan pemuas nafsu dan dianggap sial,di sini...wanita dilayan dengan penghormatan tinggi dan ada yang menjadi raja!
Dan lebih kurang 1000 tahun sebelum kelahiran Rasul terakhir itu juga,nama 'Melayu' telah tercatat di dalam Ramayana dan Purana,menjadi sebutan para rishi dan orang suci,merujuk kepada Sumatera dan Kepulauan Melayu...cerita tentang percintaan dewa- dewi,konflik dan dendam,semuanya berlaku di sini. Para Firaun memanggil tempat ini,The Land of Gods...dunia yang penuh dengan misteri dan rahsia terpendam.Di dalam suhuf-suhuf dan prasasti-prasasti Ibrani Tua,mereka menggelarnya sebagai,The Land of The East.Sebuah tanah yang dianggap bertuah dan penuh dengan kekayaan,raja-raja Sumeria dan Akkadia menganggap tanah ini adalah 'kayangan' yang melimpah ruah dengan emas dan perak,menjanjikan kekayaan dan kuasa kepada siapa yang memilikinya.

Dalam artikel ini,kita akan belajar ciri-ciri The Land of Gods ini.Kita akan mengenali lebih dekat apa yang sebenarnya terdapat di sini,sehingga ia dipandang tinggi sedemikian rupa.Kita akan belajar memahami,tentang cinta tiga segi antara Ravana,Rama dan Sita dan kemunculan Hanuman yang dipuja oleh penganut Hindu,yang membantu Rama,di sini...mengapa Kerajaan Israel Raya menghantar kapal-kapal ke sini 10 abad Sebelum Masehi,dan para Firaun mengunjungi tanah ini 3500 tahun yang silam,dan mendakwa ia adalah tanah nenek moyang mereka,di dalam The Egyptian Book of The Dead.Kita juga  akan mengetahui satu rahsia besar;tulisan purba orang Melayu yang menyimpan rahsia yang tersembunyi beribu-ribu tahun...tanda keturunan mereka yang bersambung dengan Nabi Ibrahim A.s di Tanah Kanaan (Canaan/Phoenicia).Dan pembukaan rahsia yang lebih
besar...tamadun kuno yang tenggelam beribu-ribu tahun yang silam,terselamat...kemudian bermula di sini!
Land Of Gods
"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."  

(catatan I-Tsing,sami dan pengembara China yang mengunjungi Sivijaya pada abad ke-
5 Masehi)



Nasibmanusia sama sahaja walau di mana sahaja.Kehidupan ini ibarat roda,sekejap di atas,sekejap di bawah.Ada masa-masa susah ada masa-masa senang.JIka dahulu sesuatu bangsa itu pernah membina peradaban tinggi,tidak mustahil suatu hari nanti,peradaban itu akan lenyap,dan bangsa itu akan terkial-kial untuk mempertahankan kewujudannya.Inilah yang terjadi kepada kaum-kaum di Amerika Tengah.Dahulu orang Aztek,Inca,Toltek dan Maya adalah kaum-kaum yang tinggi peradabannya.Mereka mampu membina piramid-piramid besar dan lanskap bandar yang sistematik ,Ilmu astronomi dan matematik mereka amat menakjubkan.Orang Aztek dan Maya contohnya,adalah kaum-kaum yang tinggal di kawasan kota.Mereka adalah 'urban people' yang moden dan maju berbeza dengan kaum-kaum Red Indian seperti Comanche,Apache dan Cherokee,sekadar menyebut beberapa nama.Selalunya mereka akan menyerang
penduduk-penduduk 'kampung' di sekitar jajahan mereka,dan menjadikan tawanan perang mereka sebagai hamba atau korban dewa-dewa.
Anda boleh membayangkan suasana orang Maya atau Aztek ini berbanding kaum-kaum lain di benua Amerika dengan menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson.Lihat perbezaan antara mereka dengan kaum-kaum lain yang masih tinggal di hutan dan berburu binatang.Perhatikan betapa
terkejutnya kaum-kaum yang ditawan itu apabila melihat kota orang Maya yang amat besar dengan bangunan-bangunan piramid yang tinggi-tinggi dan rumah-rumah batu yang moden berbanding kediaman mereka di hutan rimba.Dari mana orang Maya belajar semua ini?

Hari ini semua kaum-kaum 'urban people' tadi sedang menghadapi kepupusan,malah ada yang pupus terus seperti orang Toltek dan Inca.Nasib mereka sama seperti nasib penduduk 'kampung' yang dijarah mereka dahulu.Inilah bayangan 'apocalypse' seperti yang dimimpikan oleh 'Jaguar Paw' dan ramalan budak perempuan kecil yang aneh di dalam satu adegan Apocalypse.Di akhir filem ini barulah kita tahu apakah sebenarnya
dimaksudkan dengan 'apocalypse' itu,seperti ramalan budak perempuan aneh tersebut.Bacalah sejarah conquistador Sepanyol yang menipu dan menjarah kekayaan orang Aztek.Teliti bagaimana kelicikan Francisco Pizarro memperdayakan Atahualpa,pemerintah Inca ketika itu menyebabkan Pizarro berhasil menjarah kekayaan
Inca bernilai 100 juta US nilainya pada hari ini!
Belajar bagaimana Hernan Cortes,seorang lagi conquistador tamak yang memperdayakanMontezuma II,Emperor Aztek dan Cuauhtémoc,anak saudaranya.Jika orang Inca berjaya diperdayakan sehingga menunjukkan bilik rahsia harta karun mereka itu kepada penjajah
Sepanyol ini,tetapi Cuauhtémoc,raja terakhir orang Aztek itu enggan mendedahkan lokasi harta karun Aztek disimpan kepada Cortes.
Inilah asas kepada cerita National Treasure,Book of Secret,berkenaan legenda Cibola,satu kota yang penuh kekayaan.
Kesilapan yang ketara kepada kedua-dua pemerintah Inca dan Aztek ini ialah
menganggap pendatang Sepanyol ini adalah jelmaan dewa-dewa mereka,padahal orang-
orang Sepanyol yang tiba di ibukota Inca dan Aztek ini teramatlah terkejut dengan piramid-piramid dan bandar orang-orang yang dianggap mereka sebagai aborigine dankurang bertamadun.Mereka amat hairan dengan perhiasan emas yang boleh dijumpai
merata-rata dipakai oleh orang Aztek dan Inca itu.Dan satu fakta sejarah yang perlu kita tahu,minuman coklat yang kita minum hari ini adalah berasal dari minuman raja-raja Aztek!

 Minuman coklat adalah minuman kesukaan Montezuma,dan merupakan minuman diraja.Montezuma apabila mahu dihidangkan air coklat,beliau akan memasukkan campuran rempah-rempah khas ke dalamnya.Apabila orang Sepanyol tiba,betapa hairannya mereka dengan minuman yang amat lazat ini dan membawa resepinya ke Eropah.Inilah permulaan kepada Milo,Ovaltine dan Vico.Montezuma juga mempunyai perpustakaan yang menyimpan tablet-tablet berisikan khazanah ilmu matematik dan astronomi purba,malangnya,para conquistador yang dungu dan tamak ini bertindak seperti kaum gasar (barbarian) atau monggol,membakar dan memusnahkan apa saja.Ini juga telah berlaku kepada kaum Maya,di mana penjajah Sepanyol ini membedil khazanah
ilmu pengetahuan kaum Maya yang tidak ternilai harganya
.

Sehingga ke era moden,pengetahuan sains yang tinggi,yang dimiliki oleh kaum Mayatidak diketahui oleh dunia,sehinggalah ditemui pecahan-pecahan tablet berisikan kiraan matematik dan rekod-rekod astronomi dari penggalian arkeologi,berasal dari balai cerap kaum Maya.Salah satunya ialah Kalendar Maya atau Kalendar 2012 yang popular itu.Dari sini,barulahdunia tahu betapa bernilainya khazanah ilmu pengetahuan Tamadun Maya.Itu baru kalendar,bagaimana dengan beribu-ribu ton tablet berisikan karya-karya agung dalambidang sastera,sains dan teknologi...yang dipecahkan dan dilumatkan oleh penjajah Sepanyol yang tolol itu?Kalendar Maya terselamat kerana ia diukir pada meja batu yang teguh.
Kisah sedih tamadun-tamadun di Amerika Tengah itu mempunyai persamaan dengan tragedi yang melanda orang Melayu,khasnya orang-orang Champa.Orang Champa (Cham) adalah dari keturunan Melayu berdasarkan bahasa dan budaya mereka.Lama sebelum Angkor Wat dikatakan 'dibina' oleh Suryawarman II,orang Cham telah memiliki tamadun yang amat hebat dan setanding dengan satu lagi kerajaan orang Melayu yang hilang,Funan.Tamadun Champa adalah kuasa laut ketika itu,dengan kapasiti perdagangan yang luas dan koridor ekonomi yang mantap,dibantu dengan lokasi strategik 'Laluan Sutera Laut' antara China dan India.Tamadun Champa juga memiliki rahsia yang jarang diketahui oleh masyarakat dunia,apatah lagi orang-orang Melayu di Malaysia yang sibuk bercakaran sesama sendiri,menghina raja-raja (sedihnya,yang sudah dijemput Allah s.w.t
pun masih menjadi mangsa hinaan),membuang anak,merempit,menjadi pelacur dan bapuk,berpolitik secara dungu,berpecah-belah,kafir-mengkafir,wahabi-mengwahabi,mempersendakan nama 'Allah' sehingga setaraf dengan Tuhan Anak,wangrakyat didahulukan perut sendiri diutamakan,mengabaikan pelajaran,mengabaikan agama sendiri,mementingkan diri,hasad dengki sesama sendiri,murtad,menjadi Islam Liberal,gelojoh menjual tanah rizab kepada bangsa asing yang tamak dan ada agenda,menjadi Sekular,berpecah-belah,membiarkan warga asing membanjiri mengaut kekayaan tanah tumpah darah,menjadi talibarut CIA,Mason,Zionis-Komunis dan
pencacai Dajal,menjadi bodoh,buta,bengap,lembab,pekak,tuli dan bisu.
Belajar dari sejarah itu penting,sebelum kita pupus dan hanya tinggal nama di dalam buku sejarah dan muzium.Ambillah pengajaran dari sejarah,sebelum kita'disejarahkan'.Seperti orang Melayu yang dimuziumkan di Kota Singa.

Prasasti Cham banyak meyimpan rahsia rumpun me;ayu pada zaman silam

Orang Champa sebenarnya memiliki ilmu sains dan matematik yang tinggi.Mereka sudah
pun memakai sistem ukuran metrik yang maju dan sistem perpuluhan dalam
pernomboran.Mahu lagi?

Satu rahsia yang masih tidak diketahui
secara meluas oleh dunia,Sebenarnya Orang Cham lebih awal Memakai angka Sifar (ZERO) dalam sistem angka jauh lebih awal
awal dari orang-orang Arab yang kemudiannya memperkenalkannya kepada orang
Eropah.Mungkin ramai anak Melayu yang dungu dan mengabaikan pelajaran akan
memperlekehkan pencapaian orang Melayu Cham yang hanya merintis penggunaan
angka '0',namun perlulah diberitahu kepada mereka yang 'inferior' ini,para pembina
piramid,Taman Tergantung Babilon,Rumah Api Alexandria hatta KLCC,Taipei
101,WTC yang runtuh serta bangunan tertinggi di dunia setakat ini yang berada di Dubai
itu,tidak mungkin dapat dibina tanpa kewujudan angka '0' ini
.

Penemuan dan pemakaian angka '0' ini amat besar ertinya dalam sejarah dunia metematik dan tamadun yang
merintis penggunaannya adalah tanda bahawa tamadun itu amat hebat dan berperadaban tinggi.Ini masih tersimpan rapi di dalam berpuluh-puluh atau mungkin mencapai ratusan manuskrip,prasasti dan ukiran Cham yang bertaburan di seluruh dunia,sebahagian besarnya disimpan oleh orang Vietnam yang akhirnya mula sedar betapa orang Champa amat maju,berbanding ekonomi Vietnam sekarang ini yang mundur sehingga ramai orang
 Vietnam 'hanyut' ke Malaysia meminta simpati pekerjaan demi sesuap nasi.Hanya anak- anak Melayu yang malas belajar dan bekerja tidak tahu diuntung,dapat duduk di atas Suvarnabhumi (Bumi Emas) ini,padahal bangsa-bangsa asing berebut-rebut mahu tinggal di sini,kalau boleh biar orang-orang Melayu ini dicampak ke Selat Melaka semuanya,dan semua bangsa di dunia ini dapat tinggal aman damai di tanahair orang Melayu ini sambil mengaut dan memakan hasil bumi yang berlimpah ruah,termasuk hasil minyak dan emas perak.Hari ini telah menjadi trend pihak-pihak yang bodoh sombong yang semata-mata mahu mengambil tanahair orang Melayu ini,sanggup mengatakan yang bukan-bukan kepada orang Melayu.Ultrakiasu menuduh orang Melayu pendatang juga,dan membela Orang Asli sebagai Bumiputra sebenar.Padahal jika Orang Asli pula yang memegang Malaysia,mungkin Ultrakiasu ini pula menuduh Orang Asli ini pendatang dari Afrika
Di India sendiri,kerajaan Srivijaya membina penempatan bagi para pedagang Melayu dan
sarjana-sarjana mereka,membina biara dan institusi pengajian,kerana ketika itu,orang Melayu Srivijayalah pakar dalam bahasa Sanskrit...dikala bahasa suci itu dihadkan kepada kasta-kasta kepada sukukaum di India.Raja Chola tidak pernah membina penempatan di Nusantara.Tetapi pedagang-pedagang Melayu telah pun menetap dan memiliki tanah di India ketika itu.Malah para sarjana Melayu adalah antara pensyarah di Universiti Nalanda yang terkenal pada abad ke 7 Masehi yang menempatkan 2,000
pensyarah dan lebih 10,000 pelajar.Malah kerajaan Srivijaya juga membantu membina kampus-kampus di universiti itu malah kolej kediaman juga bagi para pelajar Nusantara dan pensyarah Melayu.Ini samalah seperti fungsi Malaysian Hall di United Kingdom.Kerajaan Melayu Srivijaya membantu membina universiti di India kerana universiti-universitinya sendiri di Sumatera termasuk 'kolej-kolej swasta' mereka tidak mampu menampung kebanjiran pelajar dari seluruh dunia terutamanya dari China dan
Tibet.Ini dirakamkan dan disahkan oleh I-Ching,seorang sami,sarjana dan pengembara China dan juga Atisa,seorang sami dari Tibet.
Tidak mustahil ketika itu ada para pensyarah Melayu atau pelajar mereka yang berkahwin dengan orang-orang Hindi di Bihar,berwajah seperti Preity Zinta dan Madhuri Dixit misalnya dan  menghasilkan keturunan Melayu yang segak-segak di Nusantara. Ada juga orang-orang tertentu yang tiba-tiba mengaku sultan dan meminta rakyat menganggapnya sebagai sultan.Ada juga yang mendakwa waris maharaja tertentu dan mendakwa orang Melayu merampas takhta maharaja ini malah menuduh orang Inggerislah yang memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu seolah-olah orang-orang Melayu terlupakan nama bangsanya sendiri.Semuanya salah orang Melayu malah jerih perih orang Melayu mempertahankan negeri Kedah dari ancaman Thai seakan-akan dilupakan.Orang lain yang bergaduh,tidak semena-mena orang Melayu terkena
tempiasnya.Bayangkan orang-orang Melayu lembik dan mengalah kepada Thai,sudah tentu negeri Kedah sekarang menjadi wilayah Saiburi bersama-sama wilayah Patani,Narathiwat,Yala dan lain-lain.Keturunan waris maharaja juga pasti tidak bersisa dikerjakan raja Thai,malah raja Thai akan berparti sakan memburu dan membunuh keturunan maharaja sebab dapat berlaku bebas kerana Kedah menjadi Saiburi dan
dibawah kawalan Thai.Bukan sahaja tiada universiti seperti UiTM yang memberi  kelonggaran kepada bumiputra,malah keturunan maharaja mungkin akan dibiarkan buta huruf dan tiada berpelajaran apatah lagi dibiarkan menjadi pensyarah atau penulis blog.Mungkin ada yang dibiarkan hidup setelah terpaksa mengaku bertaatsetia dengan Raja Thai,menjadi orang Thai,bernamakan Thai tinggal lagi tidak beragama Buddha.
Daripada bertaatsetia dengan raja Thai,lebih baik berpayung dibawah raja-raja Melayu,yang bersaudara dengan maharaja.Jadi daripada mengejar pangkat dan darjat,bersyukurlah dapat hidup di bumi Allah ini bersama-sama orang-orang Melayu yang peramah dan baik hati. Adakah Inggeris mengadakan sayembara mencipta nama bagi penduduk Tanah Melayu di negara mereka?Orang Melayu bukanlah seperti penduduk Kepulauan Filipina yang
dipaksa menjadi bangsa Filipino,di mana perkataan 'Philippines' berasal dari nama raja Sepanyol iaitu Philip II.Mengapa Inggeris tidak memberi nama seperti 'Elizabetania' kepada orang Melayu ini melambangkan nama Queen Elizabeth atau 'Elizinno' jadi bolehlah penduduk Tanah Melayu berbangga menjadi bangsa Elizinno ini.Betapa kurang berpendidikan orang yang dengki kepada orang Melayu ini padahal nama Melayu itu
sudah ada di dalam kitab Ramayana dan disebut-sebut dalam Purana,beribu tahun sebelum kelahiran para penjajah Inggeris ini ke dunia yang fana ini,yang diwar-warkan memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu.Pulau-pulau Melayu disebut 'Malayadvipa' di dalam hikayat dewa-dewi Hindu.Bagaimana pula nama 'Melayu' itu ciptaan Inggeris?

KLUE DI ANGKOR WAT

Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon".Di sana ada petunjuk yang boleh kita jadikan panduan penyiasatan.Petunjuk yang mana?Kita kembali kepada pengasas kerajaan Angkor,Jayavarman II. Untuk menyiasat misteri ini,mula-mula kita terbang ke sebuah negara di Indochina,Kemboja (Cambodia).Negara yang mempunyai penduduk seramai lebih 14 juta orang ini memiliki tinggalan sejarah yang begitu berharga,Angkor Wat.Angkor
dikatakan dibina untuk Suryavarman II pada abad ke 12,memiliki binaan dan kesenian yang tinggi dan UNESCO telah mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia.Ia berukuran kira-kira 850 m kali 1000 m (2800 kali 3800 kaki).Puncak-puncak menara kuil
ini melambangkan Mahameru,sebuah gunung dalam kosmologi Hindu yang dikatakan 'rumah kediaman' bagi dewa-dewa Hindu.Angkor Wat asalnya adalah sebuah kuil Hindu yang didedikasikan kepada Vishnu (Ingat,Rama adalah jelmaan ke 7 Vishnu).Ia adalah kuil diraja dan negarakota bagi kerajaan Angkor.
Tidak dapat
dinafikan,Angkor Wat adalah hasil kesenian yang amat tinggi dan setandingdengan kaderal-kaderal Eropah,kuil-kuil purba di India dan candi-candi yang menakjubkan di Indonesia.Henry Mouhot,seorang pengembara Perancis membayangkan kuil ini sebagai,'pesaing kepada Kuil Solomon' (Temple of Solomon di Palestin) dan
setanding dengan hasilkarya Michelangelo (seorang karyawan terkenal,mahakaryanyadapat dilihat di Sistine Chapel,Vatican,terutamanya lukisan Creation of Adam, Creationof Eve).
Pada dinding-dindingnya terukir ukiran-ukiran yang menakjubkan,kebanyakannya diambil dari Ramayana dan Mahabharata (Ingat,dua rishi Vyasa dan Valmiki dan Malayadvipa).Relief-relief yang juga menceritakan kebudayaan Khmer adalah setanding dengan relief yang terukir di candi Borobudur dan menariknya kedua-dua ukiran ini menunjukkan persamaan yang ketara.Mengapa?Rujuk kembali pada siri ATBM "Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon".Di sana ada petunjuk yang boleh kita jadikan panduan penyiasatan.Petunjuk yang mana?Kita kembali kepada pengasas kerajaan Angkor,Jayavarman II.


 RAHSIA JAYAVARMAN 2!

 SIAPAKAH DIA SEBEARNYA?

 Tidak banyak rekod tentang pengasas empayar Khmer ini,sosoknya di dalam sejarah adalah terlalu misteri dan menjadi tandatanya.Namun satu-satunya rekod yang dapat dipercayai dan masih terpelihara yang mana mengandungi cerita tentang Jayavarman II
ini ialah catatan kuno yang dijumpai di sebuah kuil Khmer Sdok Kak Thom yang terletakdi Thailand.Kuil ini dibina oleh Empayar Khmer pada abad ke 11 Masehi.Melalui catata pada inskripsi ini,Jayavarman II pernah ke Tanah Jawa (tidak diketahui apa tujuannya dan memerintah Indrapura,satu kota di Kemboja.Di satu inkripsi lain pula mencatatkan bahawa Jayavarman II menjemput seorang Brahmin (pendeta Hindu) supaya mengadakan upacara khas untuk meminta pertolongan dewa-dewa supaya menghentikan naungan Jawa ke atas wilayahnya.Ini tercatat sebagai berikut:

"Apabila Tuanku Parameswara tiba dari Jawa untuk memerintah kota diraja
Indrapura...Sivakaivalya,golongan yang terpelajar,telah berkhidmat sebagai gurunya
dan memegang peranan sebagai pendeta diraja bagi Tuanku"

Pada inskripsi lain,

"Seorang Brahman yang bernama Hirayadaman,yang terlatih di dalam sains dan
sihir,telah dijemput oleh raja untuk mempersembahkan satu upacara yang akan  membuatkan negeri Kambuja tidak lagi tunduk kepada Jawa dan mempunyai kedaulatannya sendiri"
Para pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji barat mengatakan 'Java' (terjemahan ke bahasa Inggeris dari 'Chaeva') itu mungkin orang Cham atau satu kerajaan lain di Indochina.Namun pendapat yang popular ialah satu kerajaan yang amat berkuasa di Tanah Jawa.Beberapa bukti lain juga terutamanya rekod dari dinasti Sailendra dan Empayar Melayu Srivijaya telah membawa kepada kesimpulan bahawa Jayavarman II sebenarnya ialah seorang gabenor Jawa di Kemboja dan memerintah di ibukotanya ketika itu,Indrapura.Namun tidak dapat dipastikan keturunan pengasas Empayar Khmerini,sama ada memang orang Jawa ataupun orang Khmer yang belajar ilmu pentadbiran di Jawa.Ini memang jelas di dalam inskripsi itu menyebut tentang 'Jawa' bukannya
'Champa','Cham','Chenla' atau sebagainya.
   Sejarah juga membuktikan ketika itu,Empayar Melayu Srivijaya telah mencapai masa-masa kegemilangannya dan pengaruhnya telah mencakupi seluruh Asia Tenggara.Ketikaitu Samaratungga,seorang raja Jawa dinasti Sailendra telah mengikat tali perkahwinan dengan Dewi Tara,puteri kepada Emperor Srivijaya,Dharmasetu dan menjadikan Empayar Srivijaya semakin besar dan berpengaruh hasil gabungan kepakaran dan kebijaksanaan Melayu-Jawa dan ini telah membuatkan empayar ini menguasai pelabuhan-pelabuhan penting di Kepulauan Melayu dan Indochina.Di Indochinasendiri,kerajaan-kerajaan purba seperti Langkasuka,Pan-Pan dan Tambralingga (nama lain bagi Nagara Sri Dharmaraja,dalam sebutan Thai menjadi Nakhon Si Thammarat) dan
pelabuhan Kedah Tua telah dikuasai oleh Empayar Srivijaya ini.Malah Kemboja juga adalah salah satu wilayah naungannya dan ini membuktikan bahawa inskripsi di kuil
Khmer itu memang benar merujuk kepada Tanah Jawa,dimana Dinasti Sailendra berkuasa. Ketika kita sedang meneliti ukiran di Angkor Wat ini,kita akan perasan bahawa kostum,headgear dan adat budaya yang ditunjukkan di dalam relief di sini sama seperti
ukiran pada candi Borobudur.Jadi siapa yang tiru siapa?Berita baik,Borobudur telahdibina jauh lebih awal dari Angkor Wat iaitu pada abad ke 9,tepatnya pada era pemerintahan Emperor Samaratungga,seorang Maharaja Srivijaya pada tahun 825 Masehi.Angkor Wat pula dibina pada awal abad ke 12 ketika pemerintahan Suryavarman II,raja Empayar Khmer (1113 - 1150 Masehi).Jadi fikirkan,bahawa kesimpulan pengkaji Eropah seperti Lawrence Palmer Briggs,tentang budaya dan ilmu yang dibawa oleh Jayavarman II dari Tanah Jawa dan Melayu Srivijaya ke Kemboja.Kesimpulannya di sini,budaya kita dicedok oleh orang Khmer,kemudiannya oleh kaum Tai yang datang kemudiannya.Selepas itu mereka memelihara segala ilmu kesenian dan senibina Srivijaya
ini termasuk budaya,kostum dan tarian.Kemudian ketika kaum-kaum ini meningkat naik dan mampu membina kerajaan,mereka pun mengubahsuai mana-mana yang perlu dan berbangga dengan warisan mereka itu.Ketika era imperialisme,orang Melayu Nusantara kehilangan empayar mereka dan beransur-ansur menjalani proses 'inferiority complex' oleh orang Eropah.Segala bukti sejarah dirampas,monumen dibedil dan dimusnahkan (di Tanah Melayu).Habis era imperialisme,anak-anak Melayu mengalami perasaan rendahdiri yang kronik dan mula memperlekehkan sejarah bangsanya!!

 KLUE KEDUA DI TAMBRALINGGA


*Gaya senibina Tambralingga
yang kemudiannya terlihat dalam
senibina AyutthayaPurba.
Ini adalah Phrae Boromadhatu tinggalan Chandrabhanu,raja Melayu Kuno
Tambralingga.

T
ambralingga adalah kerajaan yang benar-benar wujud sekurang-kurangnya telah dikesan
pada era Dinasti Tang (618-907).Kerajaan ini juga pernah menduduki Sri Lanka.Sekitar
tahun 1255-1262 Masehi,seorang raja Tambralingga,Chandrabhanu Sridhamaraja telah
menduduki sebahagian Sri Lanka dan termasuk dalam senarai raja-raja Kerajaan Jaffna di
Sri Lanka.Satu tinggalan kerajaan ini yang terkenal ialah Phrae Boromadhatu,satu stupa
Buddha untuk menyimpan relik Gautama Buddha.Melihatkan bentuk stupa ini,yang
kemudiannya menjadi 'gaya' popular dan khas dalam senibina Thai,memberikan kita satu
petunjuk...bahawa gaya senibina ini telah dibangunkan oleh negarakota Melayu terawal
ini.Gaya senibina ini telah mempengaruhi senibina kerajaan Ayutthaya,yang
kemudiannya menguasai Tambralingga,seterusnya menjadi 'trademark' kepada senibina
Thai pada hari ini.

 
Sudah faham apa yang berlaku sekarang?Sudah dapat petunjuk seterusnya?Buntu?Ya,itu
perkara biasa sejak sejarah kita telah digelapkan di sana sini ibarat satu set gambar
'jigsaw puzzle' yang berlubang di sana-sini.Kita tidak perlu pergi ke Gua Rahsia itu dan
mengganggu 'Tok Aki' Penjaga Gua Rahsia supaya membukakan peti-peti
seterusnya.Nanti dulu.Sebab di Angkor Wat ini ada banyak rahsia lain.
Tentunya anda perasan,ada sebuah kerajaan purba yang disebut sebagai Tambralingga di
atas?Ini adalah sebuah kerajaan purba di Semenanjung Tanah Melayu sehingga mencapai
Ligor (Thailand sekarang).Tambralingga adalah sebuah negarakota Melayu dan
atau Pasifik,dan membela orang Melayu sebagai Bumiputra pula.Pengganas LTTE mendakwa tanahair orang Melayu ini sebahagian dari Great India,padahal orang Indiac(Tamil terutamanya) tidak pernah menawan pun mana-mana wilayah Melayu pada zamandahulu,kecuali serangan Raja Chola yang hanya berani menyerang pelabuhan-pelabuhan dan wilayah jajahan Srivijaya.SEbelum sempat Emperor Srivijaya mahu mengumpulkan
balatentera seluruh Nusantara,terkocoh-kocoh raja Chola balik ke India tanpa berani memegang sesaat pun wilayah Nusantara yang diserangnya untuk 'mengacah-ngacah'Emperor Srivijaya itu.Mungkin raja Chola berbuat demikian mengenangkan kisah kepala Raja Khmer yang dipancung Emperor Srivijaya akibat mempersendakannya.Tidak pernah pula dalam sejarah,Raja Chola menjadi raja di Perak dan Johor pada zaman dahulu.Yang ada tercatat dalam sejarah,ketika kemuncak kekuasaan Empayar Melayu Srivijaya,ialah pengaruhnya sehingga sampai ke Sri Lanka,timur laut dan selatan India.

Phoenicia


No comments:

Post a Comment